YDP SEKARANG

ydpskrg

Lt Kdr Hj Jayah bin Hj Said (Bersara) telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1951 tetapi telah menetap di Daerah Manjung semenjak 1984 dan mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya dilahirkan di Perak.

2.         Beliau adalah bekas Pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 25 tahun sebelum memilih untuk bersara secara pilihan awal pada 1995.

 3.         Disepanjang tempoh perkhidmatannya didalam TLDM beliau telah menjawat beberapa jawatan sebagai staf di pengkalan-pangkalan dan kapal-kapal TLDM serta berpeluang mengikuti kursus didalam dan luar negara. Beliau berjaya memperolehi ONC Engineering di United Kingdom pada 1972 dan berjaya memperolehi Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1982.

 4.           Antara kursus-kursus yang telah dihadiri adalah seperti berikut:

 

a.                   Kursus bahasa German di Bundespracheamt, Germany (Jun 1982)

b.                  Pengurusan Dockyard di Germany (Jan 83 – Ogos 83)

c.                   Joint Warfare di Mindef (Feb 89)

d.                  TQM Instructor (Sept 92)

e.                   Production Planning & Control in PPN (May 93)

f.                   Management for Managers in PPN (Jun 94)

g.                  Kursus Motivasi (Sept 94)

h.                  Kursus Usahawan (Dec 94)

i.                    Change to National Tax System (1999)

j.                    Improving Project of SMI ISO 14001 (2000)

k.                  ROC Corporate Director Training Program (2001)

 5.         Jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau adalah seperti berikut:

 a.                   Project Team untuk kapal TLDM di San Francisco

b.                  Naval Overseer PZ Project untuk Polis Marin di HLLS, Pulau Pinang

c.                   Ketua Bahagian Elektronik TLDM, Dockyard

d.                  Weapon Electrical Officer KD MAHAWANGSA

e.                   Pegawai Pembaikan Luar untuk TLDM

f.                   Pegawai Memerintah SKTLDM Parit

 6.        Selepas bersara pada tahun 1995, beliau telah bergiat aktif dalam perniagaan yang melibatkan pembekalan peralatan Elektronik dan perkhidmatan Senggaraan peralatan Tentera dan sebagainya. Buat masa ini beliau adalah Pengarah Urusan kepada syarikat Tronomatic Electronic System Designer Sdn Bhd yang bergiat aktif dalam bidang IT dan Hi-Tech.

 7.         Dalam masa yang sama beliau juga bergiat aktif didalam kegiatan masyarakat, NGO dan buat masa kini masih memegang jawatan-jawatan seperti berikut:

a.           Yang DiPertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Perak.

Semenjak tahun 2009 beliau telah dipilih oleh ahli perwakilan PBTM Negeri Perak untuk memimpin sebanyak 45 cawangan seluruh Negeri Perak mewakili 22,000 orang ahli.

b.  Naib Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia mulai tahun 2012 hingga sekarang.

 c.        Yang DiPertua Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia Negeri Perak. Beliau dipilih atas sikap suka membantu usahawan dan peniaga terutama bekas-bekas Tentera dengan hasrat dapat menaik taraf ekonomi mereka ketahap yang lebih baik.

 d.         Naib Presiden Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia (Pusat).

Atas beberapa kejayaan yang dicapai di Peringkat Negeri, beliau telah dipilih untuk menganggotai Ahli Jawatan Kuasa DPBTM Peringkat Negara.

 e.      Ketua Cawangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Pasir Panjang. Mulai tahun 2003 beliau dipilih menerajui PBTM Cawangan Pasir Panjang. Banyak perubahan ketara di perolehi hasil kepimpinan beliau yang amat berkesan dan  Cawangan PBTM Pasir Panjang telah dijadikan model terbaik disegi urustadbir di Negeri Perak.

 f.    Pengerusi Jawatan Kuasa Local Agenda 21 Sektor Informal Majlis Perbandaran Manjung. Beliau telah dilantik mewakili semua golongan peniaga dari pelbagai persatuan di Daerah Manjung. Telah banyak program dan kursus berjaya dianjurkan demi hasrat menaikkan taraf ekonomi dan kesedaran golongan peniaga.

 g.       Timbalan Pengerusi Masjid Salahudin Desa Bayu, Seri Manjung, Perak. Dilantik atas   dasar kewibaan beliau dalam kepimpinan.

 h.         Ahli Lembaga Pemegang Amanah Wisma Pahlawan Berdaftar.

Bertanggung jawab kepada PBTM Pusat  untuk menyelia dan mentadbir urus harta-harta dalam pegangan.

               i.         Ahli Jawatan Kuasa Biro Pembangunan Usahawan, Ekonomi dan Kewangan     

                          Persatuan Bekas Tentera Malaysia peringkat Negara.

Bertanggung jawab memastikan kewangan PBTM Negara dapat dijana untuk menambah hasil demi kelangsungan pentadbiran PBTM seluruh Negara

 j.     Mewakili Persatuan Bekas Tentera Malaysia ke Persidangan ’Veteran Confederation of ASEAN Countries ’ (VECONAC) yang ke 13 di Jakarta Indonesia  pada April 2010.

Powered by WordPress | Designed by: suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv