WVF

WVF

PERSEKUTUAN VETERAN SEDUNIA

        Persekutuan Veteran Sedunia (WVF) adalah terdiri daripada semua organisasi kebangsaan atau persekutuan dan organisasi antarabangsa yang membabitkan veteran dan mangsa perang, atau mereka-mereka yang pernah berkhidmat atau terbabit secara sukarela atau mewakili mana-mana badan atau pertubuhan ketika peperangan.

      EVF sentiasa berusaha mewujudkan kerjasama dengan lain-lain pertubuhan atau agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta FAO, UNTAD, UNESCO, UNICEF dan WHO. Malah WVF juga berbangga kerana diberikan status sebagai Jawatankuasa Perunding di dalam Majlis Perundangan Eropah.

      WVF yang ditubuhkan pada 29 November 1950 di Paris adalah sebuah persekutuan yang dianggotai lebih dari 160 buah organisasi veteran perang di 80 buah negara (termasuk PBTM) dengan lebih dari 30 juta ahli.

Antara objektif WVF ialah:-

–  Berusaha mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa seperti yang diperuntukan dalam    piagam PBB: iaitu dengan mengutamakan kebebasan dan hak-hak manusia.

–  Mempertahankan keperluan kerohanian (spriritual) dan keperluan material bekas veteran dan mangsa perang dalam apa jua bentuk yang dibenarkan.

–  Mewujudkan hubungan baik di kalangan organisasi veteran dan magsa perang di peringkat kebangsaan, persekutuan, dan antarabangsa..

–  Menggalakkan hubungan dan kerjasama serta persefahaman di kalangan organisasi dan pertubuhan dalam bertukar-tukar pengalaman dalam apa juga bidang yang dikira memberi faedah seperti maklumat dan sebagainya.

–  Memelihara perasaan takut mati akibat peperangan.

Powered by WordPress | Designed by: suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv