PAHLAWAN TANAHAIR

KOLONEL  ARIFFIN ISMAIL M.C (BERSARA) NO AHLI 00001 PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA NEGERI PERAK

LtKol Ariffin Ismail

Kolonel  Ariffin bin Ismail (Bersara) dilahirkan di kampong Pasir Putih, Ipoh, Perak pada 17 Ogos 1914. Kelulusan darjah lima Sekolah Melayu dan darjah empat Sekolah Inggeris di Anglo Chinese School, Ipoh. Mula menjadi tertera pada 9 Februari 1935 sebagai rekrut Askar Melayu di Port Dickson. Beliau bersara dari perkhidmatan ATM pada 18 Ogos 1965 dengan menyandang pangkat Kolonel setelah berkhidmat selama 30 tahun.

    Atas perkhidmatan cemerlang sepanjang tempoh tersebut dan keberanian sewaktu beroperasi menentang pengganas komunis Mejar Ariffin disokong oleh Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu, Leftenan Kolonel H.J Darlington untuk dianugerahi Military Cross (M.C) dan telah diperkenankan oleh Baginda Queen menerima penganugerahan berkenaan serta diwartakan sebagai penerima M.C dalam London Gazatte pada 28 Mei 1957.  Antara anugerah dan pingat lain yang diterima adalah War Medal tahun 1947, Star dan Pacific Star 1947, General Service Medal Malaya 1950, Defence Medal 1951, Mentions in Despatches 1951, Member of the Most Excellent Order of British Empire Jun 1953, M.C. pada 1957, Pingat Pekerti Terpilih 1959, dan Pingat Khidmat Berbakti 1964.

   Setelah bersara beliau menjadi Ahli ESAM (Ex-Service Association Of Malaysia) Bahagian Perak dengan nombor Ahli 00001. 

(Dipetik dari Pahlawan Tanahair JHEV – Syed Othman Syed Omar)

 

Powered by WordPress | Designed by: suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv