PVATM PERAK

WismaPahlawanPk

 

Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Perak telah ditubuhkan pada tahun 1951, dipimpin oleh S. Bayley E.S.O. sebagai Yang Di Pertua yang pertama. Pada ketika itu ia dikenali dengan Ex-Services Association of Malaya dan menumpang di bangunan lama Pejabat Tanah Negeri Perak, di Ipoh. Dalam tempoh tersebut Persatuan telah berkembang dari masa ke masa dan kebanyakan pemimpin diterajui oleh bekas-bekas pegawai tentera Inggeris. hanya pada tahun 1958 barulah Persatuan ini dipimpin oleh anak Melayu, Kapt (B) Syed Shaidali. Bagaimanapun, pada tahun 1960 hingga 1962 Persatuan ini sekali lagi diambil oleh bekas pegawai Inggeris, sehingga pada tahun 1963 apabila ia diterajui semula oleh anak tempatan iaitu Dato’ Mohd Razali bin A.Tasir.

Pada awal 1986, PBTM Bahagian Perak telah mengalami pelbagai cabaran. Antaranya disebabkan masalah perebutan jawatan, perpecahan sesama pemimpin atasan telah menjejaskan prestasi dan pentadbiran Persatuan sehingga tidak dapat dikawal, akhirnya pada 1 Mac 1986 PBTM Bahagian Perak telah dibubarkan. Pada ketika itu semua urusan dan pentadbiran PBTM Perak telah diambil alih oleh pihak Ibu Pejabat PBTM di mana satu Pasukan Penyelaras telah dibentuk.

Akibat daripada peristiwa tersebut kalangan pemimpin Bahagian dan Cawangan mula sedar dan insaf betapa pentingnya Persatuan ini perlu diuruskan secara kolektif dan penuh semangat kerjasama serta perpaduan digerakkan semula bagi menyatukan semula semua pemimpin dan ahli-ahli di semua peringkat dalam usaha membina semula PBTM Bahagian Perak. Pada 15 Mei 1987, PBTM Bahagian Perak telah ditubuhkan semula dan dikenali dengan PBTM Bahagian Perak (1986). semua barisan pemimpin telah berpadu tenaga dalam usaha mewujudkan sebuah Persatuan bekas tentera yang benar-benar dapat menyatukan ahli-ahli diseluruh negeri Perak. Dengan kejayaan itu, pada hari ini PBTM Bahagian Perak telah pun mempunyai sebanyak 43 buah cawangan dengan keahlian lebih dari 20,000 orang.

 

Powered by WordPress | Designed by: suv | Thanks to trucks, infiniti suv and toyota suv